Friday, January 22, 2010

DAILY PIVOT (Resistance, support dan Pivot)

Daily pivot adalah indikator teknikal yang penting terutama bagi Daily Trader kerana Pivot harian adalah berbeza kedudukannya dari tempoh 24jam yang lepas. jadi anda boleh tentukan dimana letaknya titik pivot, tanpa perlu bersusah payah untuk mengira. Dan kedua Indkator daily pivot ini penting sebagai rujukan bagi analisis yang lepas2.

Jika diperhatikan pada analisis yang lepas menggunakan daily pivot ini, dengan mudah untuk mengetahui pergerakan pasaran pada masa itu. Kerana sifat pasaran dengan pivot ini boleh dilihat contohnya:

Jika pasaran berada dalam ruang support 1, maka tentukan dari mana pasaran berada sebelum ini sama ada dari atas titik Pivot atau dari bawah titik Pivot. jika dari atas, maka market pada kebiasaannya market akan menuju ke support 2 dan mungkin support 3 bergantung pada analisis dengan teknikator (isilah baru, teknikal + indikator) yang lain. yakni market ini meneruskan dan melengkapkan syaratnya dalam Teknik Pivot. dan begitu juga keadaan sebalikya berlaku seperti contoh jika pasaran berada di resistance 1, dan pasaran semalam dari titik pivot, maka pasaran akan ke resistance 2 dan mungkin ke resistance 3 untuk melengkapkan syarat pivotnya.

Perlu diigat juga bahawa dalam keadaan tertentu dan menggunakan pair yang tertentu, kadang2 berlaku pasaran tidak menyentuh atau hampir menyentuh titik Pivot ini tetapi berlaku Pull Back atau pasaran berpatah balik. Ini kerana pair yang diniagakan itu bergantung pada pair yang lain kerana pair yang berkaitan sudah berada di titik2 Pivotnya. jadi pair yang diniagakan itu juga berhenti dan berlaku Pull Back.

Setalah mengusai sifat2 Pivot ini, maka pastinya dimanakan Entry yang patut dimasuki dan waktu untuk exit point.Dalam keadaan tertentu , dimanakah ruang paling selamat untuk tentukan Entry Post, terutama dalam kaedah Pivot ini. (akan dibincangkan didalam topik Entry dan Exit Post).




Disini juga perlu diketahui bagaimana untuk menggunakan Pending order (Buy Stop, Sell Stop, Buy Limit, Sell Limit)

Emaya Trade

Teknik ini masih dalam percubaan dan mendapat hasilnya walaupun pips merah masih menguasai kerana salah satu adalah kerana kesilapan manusia (human error) yang dikuasai emosi, dan sikap cemas ketika membuat keputusan dalam situasi kritikal ), dan kedua masih dalam pembangunan terutama dalam menkaji sifat2 pasaran dan jangkaan pasaran forex ini. Blog ini di update untuk individu yang mengkaji teknik ini. diharap akan mendapat perkembangan yang baik dari semasa ke semasa.

Apa yang dibangunkan dari teknik ini ialah :
  • Menentukan jarak pasaran jangka pendek dan panjang.
  • Menentukan bila keadaan yang tepat untuk memasuki dan mengakhiri pasaran.
  • Memaksimumkan jumlah 'pips hijau'.
  • Mengusai keadaan kritikal untuk membuat keputusan.
  • Cara untuk mengusai pasaran ketika target belum sampai atau berlawanan arah 'floating'.
  • Meringkaskankan teknik yang digunakan menjadi teknik yang simple tetapi padat dan tepat.

Hari nie genap 3 hari aku guna teknik ini yang mana konsepnya aku masih fahami dan mengambil kira semua situasi dan peraturan setiap jenis teknikal analisis yang aku gunakan agar kerugiannya dapat dikurangkan.Disebabkan pasaran matawang ini masih mempunyai peraturan dan melingkar dalam ruangnya lingkupnya sendiri maka disimpulkan bahawa pasaran dapat dijangka dalam tempoh yang tertentu. Ia bergantung kepada petunjuk corak graf pasaran atau indikator2 yang sedia ada dalam keadaan perubahan itu bergantung pada tempoh masa yang digunakan atau dikenali sebagai timeframe(TF). dan setiap TF ini berbeza petunjuknya tetapi arah setiap TF tetap punya satu tujuan iaitu sebagai petunjuk kepada Major Trend.

Antara Indikator dan Teknikal Analisis yang terlibat dalam pembangunan ini ialah:
  1. Auto Daily Pivo (Support, Resistance dan Pivot)
  2. Fibonacci Calculator
  3. Tendline
  4. Pattern Line
  5. Elliott Wave
  6. Fibo Calculator

Yang pastinya kunci bagi trade ini adalah Pivot Dan Resistance juga Support..

Teknik trading jangka pendek 'scalp' guna teknikal analisis seperti diatas. Disebabkan pasaran forex ini masih punya peraturan jadi, peraturan pivot jadi rujukan utama. Kalau tak ada petunjuk ini maka sukar untuk Entry Post dan Exit post. Tujuan utama bagi teknik scalp ini

Hari pertama, mula2 aku melukis trendline (pastikan pasaran berada dalam trendline, jika berlaku breakout kena berhati2 ketika memasuki pasaran).

kemudian ambil indikator pivot daily dan auto pivot sebab nak lihat dimana kedudukan graf itu sekarang samada di pivot, resistance atau support..

kemudian lihat pula sifat graf, yang pastinya setiap garis pada Pivot ini akan terjadi Pull Back atau (pasaran berpatah balik) sekurang-kurangnya 10-30 pips, sama ada bear atau bull di kawasan R1,R2,R3,S1,S2,S3 dan Pivot point.. (Topik penting)

kemudian sifat kedua pivot ini adalah setiap garisan pivot ini graf pasaran akan sentuh. Jadi di dalam ruang setiap pivot ini boleh dipasang 'Trap' atau perangkap pips.

(Perlu diingat perangkap pips perlu dipasang dalam keadaan yang selamat terutama ketika menggunakan PENDING ORDER , ini kerana Jika pasaran berakhir sama ada bear atau bull, pastinya pasaran itu akan menyentuh Pending Order, Tetapi Jika Pasaran itu berakhir dengan Pullback atau berlawanan Post Pending , maka selalunya trading jangka pendek tadi, sukar untuk kembali pada price yang dijangka tadi).

Jadi, disini disimpulkan, ada 2 pilihan sama ada membuka Post pada awal pasaran atau membuka post pada akhir pasaran iaitu ketika 'Pullback' berlaku . Tapi kena ingat , lihat trendline samada berlaku breakout ataupun tidak...

Jika ragu2 untuk memasuki Pasaran pada hujun trendline (garisan atas atau bawah), jadi bukalah post ditengah2 trendline.. (lihat Trendline)

Bagi Pattern line pula penting jika menjangka market bull atau bear selalunya pattern line yang dapat dilihat seperti berikut :

  • wedge pattern
  • double top/bottom
  • flat pattern
  • Head and shoulder

(Lihat Pattern)

Lihat Time Frame utama M15, M30, H1, H4

Ini perlu dilihat terutama jika guna candlestick pattern, kerna candle pattern ini juga memberi petunjuuk perubahan trend atau berlaku kesinambungan.

Lihat Pair2 Yang Berkaitan